suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih Tomoi, Peniaga Dipenjara Lapan Tahun Larikan Seorang Lelaki

Empat suspek yang ditahan pada 22 Julai lalu kerana melarikan seorang lelaki.

SHAH ALAM: Seorang jurulatih tinju tomoi dan peniaga masing-masing dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah melarikan seorang lelaki yang dijumpai dalam keadaan bogel ditepi Lebuhraya DUKE berhampiran Setiawangsa, tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir di akhir kes pendakwaan, menggunakan budi bicara mahkamah mengubah pertuduhan menculik yang membawa hukuman mati kepada pertuduhan melarikan secara salah serta mendatangkan kecederaan parah mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan. 

Akhtar dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti untuk menunjukkan Mohd Mazli Sazeli, 27, dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen,28, ada meminta wang tebusan daripada mangsa, Ng Mun Tatt ataupun keluarganya. 

Sebaliknya, Akhtar berkata bukti yang dikemukakan di mahkamah adalah mangsa dilarikan disebabkan dia menghina agama Islam.

Hakim memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 16 Julai tahun lepas.

Mohd Mazli dan Agus Hariyanto mengaku bersalah, dan berdasarkan Seksyen 367Kanun Keseksaan itu, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Sementara itu, dua rakan mereka Mohamed Asri Mohamad Jamil, 23, seorang juruteknik dan Zulkarnain Abdul Rahmad, 30, seorang penyelenggara bangunan dibebaskan daripada tuduhan menculik. 

Akhtar berkata tiada bukti untuk mengaitkan mereka dengan pertuduhan tersebut serta percanggahan yang ketara dalam keterangan antara mangsa dan saksi lain. 

Kesemua mereka sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1972yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh disebat.

Mereka dituduh melarikan penganggur itu di Restoran Muneer, No.1 JalanMerdu 25/119 Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini pada 4.30 pagi, 15 Julai tahun lepas.

Peguam Ahmad Zaidi Zainal mewakili kesemua tertuduh, sementara pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie. -

jurulatih tomoi, peniaga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain