suria

Penoreh Getah Didakwa Bunuh Anak teman Wanita

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki pada Selasa didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak teman wanitanya bulan lepas.

Mohd Zamri Daud, 42, seorang penoreh getah dituduh membunuh kanak-kanak itudi rumah tidak bernombor di Kampung Sungai dekat sini, kira-kira pukul 11 pagi, 11 Ogos lepas.

Sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin, tertuduh hanya mengangguk tanda faham dan tiada sebarang pengakuan direkodkan. 

Mohd Zamri dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Syazwani Syed Hussin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret menetapkan 4 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggulaporan bedah siasat.

penoreh getah, bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain