MH17: Waris Diminta Tidak Buka Keranda - Semasa | mStar

MH17: Waris Diminta Tidak Buka Keranda

SEPANG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim meminta waris mangsa-mangsa insiden MH17 agar tidak membuka keranda yang akan diterima selepas Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang akan berlangsung pada Jumaat.

"Pada malam ini (Khamis) saya akan berjumpa lagi dengan waris-waris mangsa insiden ini bagi meyakinkan mereka bahawa jenazah-jenazah telah diuruskan dengan begitu sempurna di Amsterdam.

"Sebelum ini saya sudah memaklumkan mengenai perkara ini kepada mereka, dan kebanyakan waris sudah bersetuju untuk tidak membuka (keranda ) jenazah ini,” katanya pada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17, Khamis.

Rohani berkata, semua jenazah disempurnakan mengikut agama masing-masing di Amsterdam dan telah diuruskan dengan baik.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Wee Ka Siong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ada di sana untuk memastikan segala urusan jenazah yang akan dibawa balik ini diuruskan dengan baik.

"Pada istiadat itu nanti juga, lebih kurang 120 ahli keluarga atau waris jenazah-jenazah dijangka hadir.

"Lima waris yang berada di Amsterdam akan balik ke Malaysia melalui penerbangan komersial malam ini (Khamis) dalam dijangka akan tiba pukul 6 pagi.

"Semua waris itu akan ditempatkan di beberapa buah hotel berdekatan bagi menghadiri majlis penghormatan ini," katanya.

Dalam pada itu, Rohani memberitahu bahawa pihak waris memerlukan ‘privacy’ dan tidak mahu ditemuramah oleh media pada majlis nanti.

"Mohon jasa baik pihak media agar menghormati permintaan mereka ketika majlis istiadat ini berlangsung," tambah beliau.


MH17 , MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MH17: Laluan Penghantaran Jenazah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain