suria

Kementerian Luar Sahkan Laporan Rakyat Malaysia Terbunuh Di Syria

Datuk Seri Anifah Aman
PETALING JAYA: Kementerian Luar mengesahkan laporan bahawa seorang rakyat Malaysia terbunuh dan dua lagi cedera ketika terbabit dalam aktiviti militan di Syria, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

"Kementerian kini sedang mengesahkan dakwaan itu dengan pihak berkuasa berkaitan. Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan yang mengamalkan kesederhanaan, pendirian Malaysia adalah sentiasa tidak membiarkan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak, termasuk warganya sendiri," kata Anifah dalam satu kenyataan, Khamis. 

Beliau menambah, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan unsur-unsur ekstremis.

Menurut satu posting oleh Akel Zainal di Facebook, militan Malaysia, yang dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab, sedang mempertahankan sebuah kampung bernama Syar'aya apabila dia telah dibunuh.
Syria, militan, Anifah

Artikel Lain