suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilihan PKR: Nik Nazmi Dipilih Ketua AMK

PETALING JAYA: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan yang baharu selepas memenangi kerusi itu dengan memperoleh 4,509 undi.

Beliau mengatasi dua pencabar lain, Amirudin Shari dan Mohd Nazree yang masing-masing memperoleh 4,259 undi dan 2,213 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, tengah hari Khamis.

Bagi jawatan timbalan ketua AMK Pusat, Dr Afif Bahardin memenangi kerusi itu dengan mendapat 5,093 undi.

Jawatan naib ketua pula dimenangi oleh Raymond Ahuar, Mohd Radzlan Jalaludin dan Sangetha Jayakumar.

Sementara itu, penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sebelum ini berjaya mengekalkan jawatannya.

Zuraida mengetepikan pencabarnya, Rodziah Ismail selepas memperoleh 9,392 undi.

Jawatan timbalan dimenangi oleh Haniza Mohamed Talha yang memperoleh 8,910 undi.

PKR, DUN Selangor

Artikel Lain