suria

MH17: Album Raptai Kepulangan Jenazah Penumpang, Anak Kapal

BERIKUT merupakan album raptai yang diadakan sebagai persediaan kepulangan jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 dari Belanda.

Anggota tentera melakukan upacara raptai di Masjid Jamek Kuching di Kuching, Khamis sebagai persediaan menerima jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam esok. Enam sekeluarga dari Sarawak iaitu Tambi Jiee, 48, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama empat orang anak mereka, Muhamad Afif, 19, Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15 dan Mohd Afruz, 13, terbunuh selepas pesawat MH17 yang dinaiki dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, 17 Julai lalu.





Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penerangan mengenai perjalanan upacara Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam pagi Jumaat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Khamis.

Turut sama ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Joseph Kurup serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.







Deretan konvoi kereta jenazah memasuki Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melakukan raptai persediaan menerima jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam pagi Jumaat di Sepang.


TERIMA KASIH … Pegawai MAS hanya dikenali sebagai Harun dipeluk oleh salah seorang waris penumpang dan krew MH17, beliau bertanggungjawab mengurus kepulangan waris ke tanah air ketika ditemui di Hotel Novotel Den Haag di sini hari ini. Waris akan pulang secara berperingkat bermula Rabu dan Khamis untuk menunggu ketibaan Pesawat Khas MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat di  The Hague, Belanda.



MH17, MAS, KLIA

Artikel Lain