suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Op Selamat 5: Kematian Menurun, Kemalangan Meningkat

Mohd Bakri melihat anugerah yang diterima oleh pemandu-pemandu berhemah yang terpilih pada majlis penutup Ops Selamat 5 pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Operasi Selamat 5 (Op Selamat) yang berakhir 4 Ogos lalu mencatatkan penurunan kadar kematian sebanyak 18.8 peratus bagi kes kemalangan jalan raya sepanjang tempoh dua minggu sambutan Aidilfitri.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, jumlah kemalangan maut juga menurun dengan ketara iaitu 16.9 peratus.

"Penurunan angka kematian dan kemalangan maut ini disebabkan faktor kesedaran semua pengguna jalan raya," pada pada Majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Op Selamat 5 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan, Isnin.

Mohd Bakri berkata, bagaimanapun berbanding tahun lalu jumlah keseluruhan kemalangan meningkat 3.7 peratus iaitu 18,488 kes, meningkat sebanyak 654 kes berbanding 17,831 tahun lalu.

Dalam pada itu, katanya, jumlah kemalangan maut turut mencatat penurunan sebanyak 41 kes iaitu 217 berbanding 258 tahun lalu di mana penunggang motosikal mencatat rekod kematian paling tinggi iaitu 134 daripada 237 kes.

Mengikut rekod, lebih banyak kemalangan melibatkan kereta berlaku di jalan bandaran, manakala jalan persekutuan adalah lokasi di mana jumlah kematian membabitkan kenderaan itu berlaku.

Selain itu, seramai 25 pemandu berhemah dipilih menerima Anugerah Pemandu Berhemah yang terdiri daripada masing-masing lima pemandu bas, teksi dan kereta, manakala 10 penunggang motosikal.

Op Selamat 5 bermula 21 Julai lalu di seluruh negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain