suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Kematian Akibat Kemalangan Elektrik - TNB

ARAU: Sebanyak 46 kes kemalangan berpunca dari elektrik dilapor berlaku di seluruh negara tahun lepas yang mengakibatkan 18 kematian yang antara lain disebabkan pemasangan peralatan dan senggaraan tidak sempurna, kata Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Rozimi Remeli.

Beliau berkata risiko kemalangan maut akibat renjatan eletrik boleh dielak sekiranya orang ramai lebih bertanggungjawab dan memahami prosedur penggunaan elektrik dengan cara selamat.

Beliau berucap pada Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik TNB 2014 peringkat negeri di sini hari ini yang dirasmikan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Perlis, Hassan Ebau Noi dengan dihadiri kira-kira 300 pelajar dari 12 buah sekolah menengah.

Rozimi berkata TNB melaksanakan tanggungjawab sosial melalui penganjuran kempen seperti itu untuk menyedarkan masyarakat mengenai peranan mereka dalam membantu TNB mencegah kemalangan elektrik.


TNB

Artikel Lain