suria

6 Pakir Pesawat Di Klia2 Dibuka Semula

PETALING JAYA: Enam daripada sembilan tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang ditutup sementara sejak 31 Julai lalu kini dibuka semula.

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pembukaan semula itu atas nasihat Kuala Lumpur Aviation Fuelling System (KAFS) yang mengisytiharkan tempat letak pesawat K8 hingga K18 selamat untuk beroperasi semula.

Menurut kenyataan itu, KAFS turut meminta supaya siasatan lanjut dilakukan terhadap tiga lagi tempat letak pesawat K2, K4 dan K6. 

"Oleh itu, tiga tempat letak pesawat ini masih ditutup sehingga ia dimaklumkan kelak.

"Malaysia Airports akan terus bekerjasama rapat dengan KAFS, syarikat-syarikat penerbangan dan pemegang-pemegang saham bagi memastikan semua penumpang berada dalam keadaan di selesa," katanya.

Penutupan sementara sembilan tempat letak pesawat di klia2 sebelum ini atas nasihat KAFS berikutan penurunan suhu dalam sistem bahan bakar jet.
.



KAFS, klia2, MAHB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain