suria

MIC, PPP Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Shahul Hameed

Shahul Hameed

GEORGE TOWN: Tiga puluh wakil MIC, PPP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan Hindu pada Rabu membuat laporan polis terhadap seorang penceramah bebas kerana didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi berunsur rasis semasa berceramah.

Tiga puluh orang yang mewakili sayap Wanita, Pemuda dan Putera MIC, PPP dan NGO Hindu membuat laporan ke atas Shahul Hameed Seeni Mohd di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Ketua Putera MIC negeri, N.G Senthelnathan berkata mereka mahu polis menjalankan siasatan dan mahu Shahul Hameed berhenti daripada mengadakan sebarang ceramah sehingga siasatan selesai.

"Tidak salah kalau mahu berceramah berkenaan agama Islam tetapi beliau jangan menyentuh agama lain," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC negeri, A. Murugan menegaskan pihaknya menolak permohonan maaf Shahul Hameed berhubung insiden itu kerana mahu tindakan tegas diambil ke atasnya.

Shahul Hameed

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain