Isu Selangor: Pemimpin PAS-PKR Buka Pekung - Semasa | mStar

Isu Selangor: Pemimpin PAS-PKR Buka Pekung

PETALING JAYA: Kemelut politik di Selangor membabitkan kedudukan Menteri Besar dilihat sebagai pembuka jalan perpecahan antara sekutu pakatan pembangkang.

Terbaharu, pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing membuka pekung antara satu sama lain dengan mengambil contoh pentadbiran kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU 2008.

Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PKR tidak seharusnya membandingkan pergolakan yang berlaku di Selangor dengan situasi politik di Kedah sebelum PRU-13.

Muhammad Sanusi

Katanya, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa parti itu menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Kedah pada ketika itu mestilah daripada PAS sebenarnya berpunca daripada beberapa faktor.

"PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi Menteri Besar pada masa itu atas banyak faktor...bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

"Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan beliau turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagi kerusi DUN yang PR ada?

"Tempoh itu adalah waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang," katanya pada Rabu.

Bekas setiausaha politik kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak itu berkata demikian di laman Facebook sebagai reaksi kepada kenyataan Saifuddin sebelum ini yang menegur PAS supaya tidak mencampuri urusan PKR dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut Saifuddin, kegagalan PAS menguruskan konflik dalaman PAS Kedah sebelum PRU-13 menjadi punca kerajaan PR pimpinan PAS tumbang di Kedah.

Menerusi penjelasan panjang lebarnya itu, Muhammad Sanusi mendakwa bahawa Azizan terpaksa berhadapan pelbagai kerenah PKR di Kedah termasuk membabitkan perbelanjaan kewangan yang tinggi.

Tulisan Muhammad Sanusi ini turut mengundang reaksi Saifuddin di Facebook.

Tanpa menafikan kenyataan itu, Saifuddin sebaliknya turut 'menyerang' Muhammad Sanusi dengan dakwaan pecah amanah.

"Memadailah saya simpan hal-hal balak, tanah, projek, pasir yang disampaikan oleh KCS (Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah), exco dan Adun PAS kepada saya.

"Saya penuh yakin integriti almarhum (Azizan) semasa menjadi MB Kedah, tapi pegawai yang satu ini persis ayam berkokok tapi ekor bergelumang najis," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain