suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 5 Tahun Dan Bapa Maut Kemalangan

TAWAU: Seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia lima tahun maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 21 Jalan Merotai-Bombalai dekat sini , Selasa.

Dua lagi anak perempuannya yang turut sama dalam kenderaan terbabit, masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun cedera parah dalam kejadian 6.30 petang itu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata mangsa yang dikenali sebagai Muhd Aras Arfah, 37, dan anaknya Nurul Zahirah Izzawati meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Kedua-dua anak mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Besar Tawau," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Awang Besar berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Muhd Aras dalam perjalanan dari Merotai menuju ke pusat bandar Tawau.

"Apabila sampai di tempat kejadian Muhd Aras dipercayai telah memotong dua buah kenderaan tetapi tidak sempat masuk ke laluannya semula dan bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Vigo yang datang dari arah bertentangan," katanya.

Bagaimanapun, pemandu kereta Toyota Vigo itu, Ramlah Abd Rahim, 33, dan tiga lagi penumpang dalam kenderaan tersebut hanya cedera ringan.

Tawau

Artikel Lain