suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Presiden UAE Utus Ucapan Takziah

Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan

KUALA LUMPUR: Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan mengutuskan ucapan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.

Beliau juga menzahirkan perasan simpati terhadap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu, yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis, kata kedutaan UAE di Malaysia dalam kenyataan pada Sabtu.

Naib presiden, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan Putera Mahkota Abu Dhabi serta Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE Jen Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, juga mengutuskan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Pesawat yang membawa 298 itu - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.


MH17, MAS

Artikel Lain