suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Puak Pemisah Dakwa Penumpang Mati Sebelum Pesawat Ditembak

Igor Grkin(tengah) merupakan ketua puak pemisah pro-Rusia dan bekas perisik tentera Rusia.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin puak pemisah pro-Rusia mendakwa penumpang dan anak kapal MH17 mungkin telah mati sebelum pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada Khamis.

Ketua puak pemisah, Igor Girkin berkata, berdasarkan tinjauan anggotanya dilokasi nahas mendapati mayat yang bergelimpangan tidak berada dalam keadaan segar seperti yang sepatutnya.

Girkin berkata demikian di laman sosial kedua terbesar di Eropah selepas Facebook iaitu Vkontakte.

Bagaiamanapun bekas perisik tentera Rusia itu tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di timur Ukraine yang merupakan kawasan konflik.

Nahas yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia.

MH17, MAS

Artikel Lain