suria

Caj VEP Tidak Jejas Kemasukan Warga Singapura - Wee

GELANG PATAH: Cadangan caj permit kenderaan asing (VEP) bagi kenderaan asing yang masuk ke Malaysia melalui Johor Baru tidak akan menjejaskan kemasukan warga Singapura ke negeri itu menerusi Causeway dan Lebuh Raya Laluan Kedua (Link Kedua).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kedatangan pelancong melalui pintu sempadan itu tidak akan menurun hanya disebabkan cadangan mengenai caj tersebut dan warga Singapura tetap akan datang ke Malaysia kerana produk dan makanannya lebih murah.

"Walaupun caj RM20 dicadangkan oleh Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin, ia hanya sekitar S$7.50 untuk warga Singapura.

"Saya tidak fikir apa-apa yang perlu mereka bimbangkan berbanding caj S$35 kepada kenderaan asing yang memasuki Singapura bulan depan," kata Dr Wee pada sidang media di sini, Khamis.

Perdana Menteri Najib Tun Razak dilaporkan sebagai berkata, keputusan untuk melaksanakan caj VEP akan dibuat berdasarkan permintaan daripada kerajaan negeri itu manakala tarikh pelaksanaan dan kadar caj akan diumumkan kemudian.

Singapura terdahulu mengumumkan kadar kenaikan caj VEP Singapura daripada S$20 (RM50) kepada S$35 (RM85.70) mulai 1 Ogos ini.

caj VEP, Johor, Singapura, Dr Wee Ka Siong

Artikel Lain