10 Cedera Pacuan 4 Roda Bertembung Van Jabatan Penjara - Semasa | mStar

10 Cedera Pacuan 4 Roda Bertembung Van Jabatan Penjara

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam perlanggaran antara van Jabatan Penjara dan kenderaan pacuan empat roda di pantai timur Sabah berhampiran Lahad Datu.

Difahamkan dalam kejadian pada 14 Julai itu, van Jabatan Penjara yang dipandu oleh warden penjara, sedang dalam perjalanan untuk memindahkan empat tahanan ke lokap Lahad Datu apabila mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda sekitar pukul 4.30 petang.

Saksi mendakwa pemandu kenderaan pacuan empat roda, yang merupakan seorang anggota polis, hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum berlanggar dengan van berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supritendan Samsuddin Mat berkata kesemua 12 mangsa, empat dalam kenderaan pacuan empat roda di dan lapan dalam van telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Kebanyakan mengalami kecederaan kecil, tetapi pemandu pacuan empat roda patah pinggul dan terpaksa dibedah. Dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil," kata beliau sambil menambah pemandu van Jabatan Penjara patah kaki. 

"Dua tahanan masih dirawat di hospital manakala dua lagi telah dibenarkan keluar dan sedang ditahan di lokap polis Lahad Datu," katanya.

Samsuddin berkata polis sedang menyiasat kejadian itu di bawah Akta Pengangkutan Jalan.
Jabatan Penjara , kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel