suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Seksual: Kerajaan M'sia Tanggung Tambang Pergi Balik, Lapor NZ Herald

Muhammad Rizalman Ismail.

PETALING JAYA: Kerajaan akan menanggung tambang penerbangan pergi balik untuk pegawai diplomatik yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di New Zealand pada Mei lalu, lapor New Zealand Herald.

Wisma Putra telah bersetuju untuk menghantar Muhammad Rizalman Ismail, 38, ke New Zealand untuk membantu penyiasatan kes itu dan menurut laporan itu, perbelanjaan pulangnya akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Rizalman merupakan pembantu staf atase pertahanan, yang menguruskan hal keselamatan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.

Beliau kini menjalani penilaian psikiatrik di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Pada 9 Mei lalu, beliau ditahan kerana didakwa melakukan serangan terhadap Tania Billingsley, 21, di kediaman wanita itu di Brooklyn, Wellington.

Rizalman didakwa di sebuah mahkamah di New Zealand pada 10 Mei lalu kerana pecah masuk rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk merogol, tetapi diketepikan selepas menggunakan kekebalan diplomatiknya.

Beliau dan keluarganya dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain