suria

Polis Johor Lancar Peranti S.O.S Bantu Mangsa Jenayah

Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

JOHOR BAHRU: Polis Johor melancarkan peranti yang dinamakan S.O.S bagi membantu mangsa jenayah.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, peranti yang mesra pengguna itu merupakan alat untuk menghubungkan orang awam dengan pihak polis ketika berlaku kecemasan.

"Dalam dunia hari ini, polis perlu bergerak lebih ke hadapan bagi menangani penjenayah dan kita perlu menggunakan teknologi untuk memerangi jenayah," katanya kepada para pemberita di sini, Ahad.

Mohd Mokhtar berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran butang penggera ResQ yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, peranti itu merupakan inisiatif daripada penggunaan aplikasi telefon pintar, CommAlert yang dilancarkan pada Mac tahun lepas, yang membolehkan orang awam dapat berhubung dengan polis secara terus apabila berlaku kejadian yang tidak diingini.

Artikel Lain