suria

Undang-Undang Pengganti Akta Hasutan 1948 Ditentukan Kabinet - Najib

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam dan Asrama Kuang pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat. Turut sama Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bukan badan muktamad dalam menentukan kesesuaian Rang Undang-undang Harmoni Nasional sebagai pengganti Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya kata beliau perkara itu akan ditentukan oleh kabinet.

Justeru tegasnya, MPKN bukan satu forum atau platform muktamad untuk membincangkan perkara itu (penghasilan draf undang-undang baharu).
 
"Sepatutnya perbincangan dan pendapat dibincangkan secara tertutup dan MKP Nbukan badan muktamad, sebaliknya kabinet," katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) di bangunan PWTC di sini.

Najib berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa anggota Majlis Peguam turut terlibat dalam penyediaan tiga draf undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 itu.
 
Najib yang juga Presiden Umno berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno telah memutuskan untuk turut menyatakan pendirian serta menyumbangkan pendapat terhadap usaha penghasilan draf undang-undang itu.

Oleh itu, beliau berkata Umno akan mewujudkan satu jawatankuasa kecil di bawah Biro Perlembagaan dan Undang-undang untuk mengkaji dan seterusnya membuat cadangan berhubung draf undang-undang tersebut untuk pertimbangan pihak kerajaan.

Artikel Lain