suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

OKU Nasitah Diserahkan Kepada JKM

Nasitah diselamatkan oleh kakitangan JKM di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat.
KOTA BARU: Wanita kurang upaya yang ditemui dikurung di dalam sebuah bilik kecil di bawah rumah di Tumpat, Jun lalu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata Nasitah Yahya, 44, yang sebelum ini ditempatkan di Wad Psikiatri HRPZII di sini disahkan sebagai lembam. 

"Dia telah stabil dan kami akan serahkan beliau kepada JKM untuk penempatan sebab dia merupakan OKU, kita tak tahu dia akan ditempatkan di mana, ia atas JKM dan ahli keluarga," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Pada 27 Jun lepas, kakitangan JKM dan polis menemui Nasitah dikurung di dalam sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat.

Wanita itu dipercayai berada dalam keadaan demikian sejak 10 tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.
OKU, Nasitah

Artikel Lain