suria

Pasangan Bulan Madu Hilang Di Bukit Bintang

Jonathan Kemp
KUALA LUMPUR: Bulan madu di Malaysia untuk pasangan pengantin Jonathan Kemp dan Alyson Jackson yang sepatutnya indah bertukar menjadi sebaliknya apabila Jonathan hilang dari hotel tempat mereka menginap di Bukit Bintang.

Alyson, 24, berkata Jonathan, 28, meluru keluar dari hotel selepas mereka bergaduh kira-kira pukul 11 malam Jumaat.

Dia cuba menghubungi suaminya itu di telefon bimbitnya dan Facebook  tetapi tidak berjaya.

Menurut Alyson Jonathan telah berhalusinasi sebelum meninggalkan hotel.

"Dia tidak dapat berfikir dia berada di Kuala Lumpur. Dia rasa seperti sudah balik ke rumahnya di Maryport, England.

"Saya terpaksa mengingatkannya di mana kami berada," tambahnya. 

Alyson berkata suaminya telah melihat 'orang-orang yang sebenarnya tidak berada di situ'.

Dia kali terakhir dilihat memakai seluar hitam dan kemeja putih dengan jalur ungu.

Pasangan itu baru sahaja tiba di Kuala Lumpur pada Khamis dan akan terbang ke Bali, Indonesia pada Isnin.

Alyson memberitahu The Star bahawa mereka telah berkahwin selama kira-kira seminggu.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang di mana Jonathan berada boleh menghubungi 03-2332-9888 (ext: 6907) atau ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di 03-2600-2222.

Artikel Lain