suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

53 Pelacur Warga Asing Dicekup

KUALA LUMPUR: Sebanyak 53 pelacur warga asing ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat refleksologi di ibu kota di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, dalam serbuan 10.45 malam tadi, kebanyakan mereka yang berusia antara 18 dan 35 tahun itu ditahan ketika sedang melayan dan mengurut pelanggan.

Mereka terdiri daripada 22 wanita warga Vietnam, China (12), Thailand (10), Indonesia (7) dan masing-masing seorang wanita Laos dan Mongolia.

"Polis juga menahan 10 pekerja premis berkenaan dipercayai warga tempatan untuk membantu siasatan.

"Mereka (pelacur) dipercayai dibekal dan dikawal oleh sindiket tertentu namun ia masih dalam siasatan," katanya.

Katanya, kebanyakan wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah dan kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk membantu siasatan.


Polis

Artikel Lain