suria

Suspek Bunuh TKP Kastam Direman Enam Hari

Suspek berusia 20 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk tahanan reman selama enam hari bermula Ahad berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, April lalu.

PUTRAJAYA: Seorang suspek berusia 20 tahun ditahan reman selama enam hari mulai Ahad berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Pegawai Penyiasat DSP Hamzah Buman berkata suspek yang merupakan seorang juruteknik pendawaian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek sebelum ini ditahan reman mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kes samun, sejak 24 Jun lalu.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya.

Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di sini pada 26 April tahun lepas.

Dalam kejadian 8.15 pagi itu, dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.


Kastam, Mahkamah, Polis

Artikel Lain