suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan Lanun Rompak Kapal Tangki Dipercayai Rakyat Indonesia

Kapal tangki Mt Ai Maru.
PENGERANG: Sekumpulan lanun yang merampas 700,000 liter diesel dari sebuah kapal tangki di Tanjung Sedili dipercayai terdiri dari warga Indonesia, berdasarkan loghat mereka.

Kesimpulan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan awal dan keterangan yang direkodkan dari 13 anak kapal warga Thailand dan kapten warga Indonesia kapal tersebut.

"Anak-anak kapal turut memberitahu kami bahawa lanun tersebut mengikat mereka dengan tali raffia sebelum mengurung mereka di dalam bilik," kata Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Kapten Ibrahim Mohamed.

Beliau berkata, anggota penguatkuasa Maritim Malaysia turut menjumpai sarung parang dan majalah senjata api yang ditinggalkan di kapal selepas insiden tersebut.

Tiada anak kapal dilaporkan dicederakan oleh  kumpulan lanun tersebut.

Kapal Mt Ai Maru yang membawa diesel bernilai RM1.4 juta dalam perjalanan dari Kemboja ke Singapura dirompak kira-kira 31 batu nautika dari Tanjung Sedili di sini kira-kira pukul 8 malam Sabtu.

Ibrahim tidak boleh mengesahkan sama ada rompakan itu didalangi oleh orang dalam dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata, Maritim Malaysia biasanya melakukan tiga kali rondaan di kawasan tersebut tetapi akan meningkatkan kawalan keselamat selepas insiden itu.

Ia merupakan kes ketiga dalam suku kedua tahun ini.

"Kami menyedari kumpulan lanun itu sedang beroperasi di timur perairan Pengerang berbanding bahagian barat sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, jumlah kegiatan lanun menurun sejak 2010 apabila 16 kes direkodkan dan meningkat kepada 20 kes pada 2011.

"Kami sedang mempertingkatkan usaha dan jumlah kes menunjukkan penurunan, bermula dari 2012, enam kes direkodkan secara purata setiap tahun," katanya.

Artikel Lain