suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Pengerusi Mesyuarat MB, Ketua Menteri

Najib Tun Razak.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mempengerusikan Mesyuarat Ke-121 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan beberapa menteri Kabinet.

Ini merupakan mesyuarat kali kedua diadakan pada tahun ini yang bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri dan membincangkan isu-isu berbangkit.

Mesyuarat kali ini menyaksikan muka baharu iaitu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang dilantik pada 12 Mei lalu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletak jawatan.

Seorang lagi muka baharu ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang mengambil alih jawatan daripada Tun Abdul Taib Mahmud, kini merupakan Yang Dipertua Negeri, pada 28 Februari tahun ini.

Mesyuarat bermula pada pukul 10 pagi.

Artikel Sebelum

Kerajaan Tangguh RUU LHDN

Artikel Lain