Kes Culik Di Kunak: Seorang Mangsa Berjaya Terjun Dari Bot - Semasa | mStar

Kes Culik Di Kunak: Seorang Mangsa Berjaya Terjun Dari Bot

LAHAD DATU: Salah seorang daripada dua orang yang diculik oleh lelaki bersenjata Filipina dari pusat ternakan ikan dalam sangkar berhampiran Kunak di pantai timur Sabah awal Isnin telah berjaya melarikan diri. 

Difahamkan, pekerja yang hanya dikenali sebagai Maslan itu bertindak terjun dari bot laju kumpulan lelaki bersenjata, manakala penternak ikan Chan Sai Chiun dari Perak masih tidak diketahui nasibnya. 

Maslan dipercayai melarikan ketika bot itu memecut dan berenang naik ke darat untuk membuat laporan polis.

Kumpulan lelaki bersenjata itu telah menculik Chan dan Maslan kira-kira pukul 12.45 pagi dari pusat ternakan di Kampung Sapang di Kunak kira-kira 60km dari sini.

Bersenjatakan senapang, dua lelaki bertopeng menyelinap masuk ke kawasan yang gelap yang merupakan kawasan tempat tinggal pekerja pusat ternakan ikan itu dan menculik dua orang yang sedang tidur di dalam bilik mereka, menurut sumber.

Mereka berkata Chan dan Maslan telah ditolak ke dalam sebuah bot laju dengan kelajuan 40 kuasa kuda di mana dua lagi rakan sejenayah dilihat menunggu di dalam bot berasingan.
Kunak , culik , penternak ikan

Artikel Sebelum

Petani Edar Ganja Dihukum Gantung

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bekas pemain Manchester United bersara

Bidaan nombor ALL 1 paling top!