suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petani Edar Ganja Dihukum Gantung

ALOR SETAR: Seorang petani berusia 27 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana mengedar 1997.24g ganja.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Fauzi Maim Muhamad Zaki, yang kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan.

Fauzi Maim didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Salim Soib @ Hamid merupakan Timbalan Pendakwa Raya manakala peguam Muhamad Asri Abdul Hamid mewakili Fauzi.
edar ganja

Artikel Lain