suria

Audit Negara: 91 Peratus Pengurusan Projek Lemah

Ambrin

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri kedua melaporkan Badan Berkanun Persekutuan pada umumnya mempunyai perancangan yang baik untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan projek yang dirancang.

Bagaimanapun Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, dari segi perlaksanaan, terdapat sebanyak 91.1 peratus kelemahan dikenalpasti termasuk isu berkaitan ketidakcekapan pengurusan.

"Selain itu ada antaranya tidak mengikut peraturan seperti kerja, bekalan dan perkhidmatan tidak mengikut spesifikasi; kelewatan tidak munasabah, kelemahan pengurusan perolehan atau kontrak serta penyelenggaraan aset kerajaan," katanya pada menerusi laporan Ketua Audit Negara Siri 2 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Namun tambah Ambrin, menerusi proses pengauditan terhadap lapan program, aktiviti dan projek serta pengurusan tiga syarikat subsidiari bagi siri ini, isu pembaziran didapati berkurangan sebanyak 75 peratus berbanding laporan siri pertama.

Menurut Ambrin, sebanyak 31 syor telah dikemukakan untuk tindakan pembentulan dan penambahbaikan bagi mengelakkan kelemahan sama berulang.

Audit Negara

Artikel Berikut

Artikel Lain