suria

Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 Dibentang Isnin

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 mengenai aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri, bagi siri kedua dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri pertama dibentang di Parlimen pada sidang Dewan Rakyat Mac lalu.

Langkah pembentangan laporan secara bersiri yang mula dilaksanakan tahun ini merupakan satu daripada empat inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0, Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Membanteras Rasuah.

Ia bertujuan supaya tindakan susulan dan penambahbaikan boleh diambil lebih cepat ke atas isu-isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit.


Parlimen, Dewan Rakyat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain