UNESCO Iktiraf Banjaran Crocker Kawasan Rizab Biosfera - Semasa | mStar

UNESCO Iktiraf Banjaran Crocker Kawasan Rizab Biosfera

Banjaran Crocker.
KUALA LUMPUR: Kawasan perlindungan terbesar di Sabah, Banjaran Crocker, diiktiraf sebagai Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Rabu.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Banjaran Crocker merupakan tapak kedua yang mendapat pengiktirafan itu selepas Tasik Chini di Pahang pada 2009. 

Banjaran Crocker, yang berkeluasan 350,584 hektar, terdiri daripada hutan terpelihara dan dihuni komuniti tempatan selain merupakan kawasan tadahan air, sumber alam semula jadi dan kaya dengan budaya. 

"Penyenaraian Banjaran Crocker (sebagai rizab biosfera) akan menonjolkannya sebagai tapak pembelajaran untuk pembangunan mampan, menghalang kehilangan biodiversiti dan budaya masyarakat, membolehkan pertukaran kepakaran dan perkongsian maklumat serta promosi sebagai kawasan ekopelancongan," katanya. 

Sehingga kini, terdapat 621 rizab biosfera dalam jaringan rizab biosfera dunia yang merangkumi 117 negara. 

Pencalonan Banjaran Crocker dikemukakan tahun lepas dan ia menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mewujudkan keseimbangan antara penjagaan alam sekitar dan aktiviti pembangunan melalui pendekatan pembangunan secara mampan. 

Pada Rabu, UNESCO melalui International Coordination Council (ICC) dan Man and Biosphere (MAB) pada mesyuarat ke-26 di Jonkoping City, Sweden menerima permohonan itu.

Malaysia juga menerima kejayaan berganda apabila dipilih menganggotai ICC dan MAB bagi tempoh empat tahun iaitu 2014-2017 mewakili rantau Asia dan Pasifik. 

Pencapaian ini merupakan pengiktirafan antarabangsa kepada Malaysia atas komitmen yang ditunjukkan dalam memulihara biodiversiti nasional dan menyokong inisiatif antarangsa.
 
UNESCO melancarkan MAB pada 1971 iaitu program antara kerajaan yang menetapkan asas saintifik bagi memperbaiki pertalian manusia dengan alam sekitar.
banjaran crocker , UNESCO , rizab biosfera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain