suria

Taylor Swift Tiba Di Malaysia Dengan Airbus A320 Khas

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd mengumumkan bahawa penyanyi antarabangsa, Taylor Swift, telah tiba di Malaysia bagi konsertnya di Malaysia dalam siri jelajah 'The RED Tour Presented by Cornetto in Southeast Asia' dengan menaiki pesawat Airbus A320 khas Taylor Swift.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, syarikat penerbangan tambang murah berkata ia menawarkan peluang eksklusif kepada peminat pemenang anugerah Grammy sebanyak tujuh kali ini, untuk memiliki model pesawat AirAsia Taylor Swift. 

"Model pesawat eksklusif ini ditawarkan dalam dua saiz: 1:100 pada harga RM130 seunit, dan 1:400 pada RM107 seunit (tidak termasuk bayaran penghantaran).

"Peminat dan pengumpul model pesawat boleh membuat pesanan awal bagi model-model pesawat eksklusif ini melalui e-mel kepada AirAsia dengan menyatakan butiran terperinci mereka (Nama, Nombor untuk Dihubungi, E-mel, Alamat Surat Menyurat dan Model Pesawat Pilihan) ke alamat [email protected]
Taylor Swift, Airbus, AirAsia

Artikel Lain