suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan Paip Gas Sabah-Sarawak Di Lawas

Satu letupan berlaku di projek saluran paip gas di Lawas pada awal pagi Selasa.

MIRI: Satu letupan berlaku yang dipercayai dari projek saluran paip gas antara Sabah dan Sarawak bernilai RM3 bilion berlaku di antara bandar Lawas dan Long Sukang, di daerah utara Sarawak pada Selasa.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi itu menyebabkan pemindahan penduduk kampung dilakukan berikutan beberapa buah rumah dan kenderaan dilaporkan rosak, kata Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum.

Beliau berkata, tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Siasatan terperinci dilakukan di Lawas dan juga di Kuala Lumpur bagi mengenal pasti punca kejadian berikutan projek tersebut merupakan syarikat minyak gergasi milik negara, Petronas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad berkata, kebakaran itu dapat dikawal.

Saluran paip itu bertujuan untuk menyalurkan gas mentah dari Kimanis di Sabah menerusi laluan sepanjang 600 kilometer melalui daerah Lawas, di Ulu Baram, ke daerah Miri dan seterusnya ke Bintulu di utara Sarawak bagi menjadikan gas untuk dieksport.

letupan, saluran paip gas

Artikel Lain