suria

Tiada Istilah 'Patah Balik' Jika Hudud Dilaksanakan - Mah

Pekerja-pekerja memasang poster calon BN Datuk Mah Siew Keong menjelang Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Isnin.
TELUK INTAN: Tiada istilah 'patah balik' jika hudud dilaksanakan di negara ini, kata Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

"Kebanyakan orang fikir isu itu telah diselesaikan selepas mereka (PAS) mengambil keputusan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang persendirian mengenai hudud di Parlimen, tetapi ia sebenarnya tidak. Pada bulan September, mereka akan cuba untuk membentangkannya sekali lagi," katanya selepas melawat pasar pagi Jalan Woo Saik Hong di sini Selasa.

Calon Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan ini menegaskan bahawa Gerakan akan terus bekerja keras dan menjelaskan kepada rakyat mengenai rancangan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

"Jika hudud PAS dilaksanakan di Kelantan, ia akan diikuti oleh negeri-negeri lain," katanya.

Mah berkata DAP dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain benar-benar telah memadamkan isu ini dari ceramah mereka.

"Apabila mereka mengadakan ceramah sebelum hari penamaan calon di kubu kuat PAS di Kampung Bahagia, tidak ada disebut tentang hudud," katanya.

Mah menentang calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang pada pilihan raya 31 Mei.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng (DAP) akibat kanser awal bulan ini.

Artikel Lain