suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rahib Juliana Lim Meninggal Dunia

Rahib Juliana ketika dia sedang koma di hospital.
SEREMBAN: Rahib Juliana Lim, seorang daripada dua rahib yang cedera diserang dalam kejadian samun di pintu depan Gereja Visitation, Jalan Yam Tuan di sini Rabu lepas, meninggal dunia hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Baharuddin Mustapha yang mengesahkan perkara itu berkata Juliana Lim, 69, meninggal dunia pada 3.25 petang ini, ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Dalam kejadian Rabu lepas, Juliana dan rakannya, rahib Marie Rose Teng, 79, cedera diserang dengan topi keledar dan disamun seorang lelaki pada pukul 6 pagi di pintu depan gereja itu.

Akibat kejadian itu, Juliana mengalami kecederaan parah di kepala dan koma, manakala Marie Rose, cedera ringan di kepala.
rahib, gereja

Artikel Lain