suria

KWSP Nafi Keluar Bon

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tidak pernah menerbitkan atau melanggan bon untuk membiayai MAS seperti yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

"Akta KWSP 1991 tidak membenarkan untuk menerbitkan bon. Untuk makluman, kali terakhir KWSP memberikan pinjaman kepada MAS ialah pada 1994 di mana pinjaman itu telah selesai dibayar sepenuhnya pada 2004.

"KWSP akan terus melabur secara berhemah bagi menjana pulangan yang mapan untuk jangka panjang. Ini selaras dengan matlamat Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP untuk mendapatkan tahap pulangan yang bersesuaian dengan toleransi risiko kami," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat KWSP pada Selasa.

Dalam satu laporan media minggu lalu mendakwa KWSP menyuntik wang kepada MAS kerana syarikat penerbangan itu menghadapi masalah kewangan disebabkan oleh kehilangan Pesawat MH370. 

KWSP, MAS

Artikel Lain