suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM300,000 Lesap, Dua Mesin ATM Dipecahkan Tiga Lelaki

SHAH ALAM: Kira-kira RM300,000 lesap apabila tiga lelaki memecahkan dua mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar dua tingkat di Setia Alam di sini awal pagi Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi dengan ketiga-tiga suspek dipercayai bersembunyi di kawasan medan selera di tingkat bawah sebelum pasar raya itu ditutup pada tengah malam.

Jurucakap polis berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar rayaitu menunjukkan suspek berlegar-legar di dalam bangunan pada pukul 4 pagi.

Beliau berkata suspek juga dilihat menaiki tangga ke aras satu di mana terdapat mesin ATM.

"Dua daripada empat mesin ATM itu dipecahkan dipercayai menggunakan gas'oxy-acetylene' sebelum suspek mengumpil pintu belakang sebagai jalan untuk melarikan diri selain turut memotong wayar penggera alat keselamatan,"katanya.

Suspek turut memusingkan kamera pada mesin ATM tersebut bagi mengelak tindakan mereka dirakam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam,  Asisten Komisioner Polis (ACP) Azisman Alias mengesahkan kejadian tersebut yang pihak polis menerima laporan kira-kira pukul 5.20 pagi daripada pihak keselamatan pasar raya.

Mesin ATM, Polis

Artikel Lain