suria

Polis Marin Rampas 15,000 Bungkus Rokok Seludup

Polis Marin Wilayah Dua bersama rokok yang dirampas. Foto:PDRM

KOTA TINGGI: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya merampas 15,000 bungkus rokok putih jenis ‘Lavish’ di Pantai Tanjung Siang, Bandar Penawar dalam satu serbuan awal pagi Selasa.

“Sekumpulan lelaki sedang leka memunggah barangan yang berbalut plastik hitam dari sebuah bot ke pantai sebelum bertempiran lari ke dalam hutan berhampiran selepas menyedari kehadiran pihak polis,” jelas Komander Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang di laman Facebook milik PDRM.

Pemeriksaan lanjut ke atas 30 bungkusan yang ditinggalkan mendapati terdapat sejumlah 1,500 karton (15,000 bungkus) rokok jenis 'Lavish' yang diseludup, dianggarkan bernilai RM 151,200.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 dan seterusnya dirujuk ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Polis Marin, Seludup Rokok

Artikel Lain