suria

PDRM Lulus 50,000 Permohohan Polis Bantuan

Sebahagian anggota polis bantuan Ivory Properties Group Bhd yang menerima sijil dan pangkat pada Isnin.

GEORGE TOWN: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meluluskan 50,000 permohonan perjawatan anggota polis bantuan di seluruh negara sejak 2011.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Datuk Ayub Yaakub berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20,000 orang telah mengisi kekosongan perjawatan dalam pelbagai sektor agensi kerajaan dan swasta di negara ini.

 "PDRM menyarankan agensi terlibat membuat perancangan dalam menempatkan anggota polis bantuan yang diluluskan mengikut keperluan semasa dan kapasiti kawasan penugasan di premis masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil dan pemakaian pangkat kepada 36 anggota polis bantuan Ivory Properties Group Berhad di sini, Isnin.

Ayub juga mengingatkan majikan supaya menyelidik latar belakang calon polis bantuan dengan teliti selain melakukan pemantauan secara berkala meliputi aspek disiplin dan pelaksanaan tugas bagi memastikan objektif penubuhan pasukan itu tercapai.


Artikel Lain