suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengerusi MCA Perak Angkat Sumpah Sebagai Exco

Dr Mah Hang Soon.
KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri, Chenderiang dan Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Kesepuluh dihadapan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah. 

Baki sembilan Exco telah memperbaharui sumpah jawatan mereka dalam satu majlis di Istana Iskandariah pada Isnin. 

Sembilan yang mengangkat sumpah terdiri daripada Datuk Saarani Mohamad, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Rusnah Kassim, Datuk Samsudin Abu Hassan, Datuk Shahrul Zaman Yahya,Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi,Datuk Mohd Nizar Zakaria and Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Dr Mah, seorang pakar kardiologi yang telah menjadi Adun dan pernah dilantik sebagai Exco pada 2009. 

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum tahun lalu, beliau tidak dilantik sebagai exco ekoran keputusan MCA tidak menerima sebarang jawatan Kabinet akibat prestasi yang tidak memberangsangkan dalam pilihan raya umum tersebut. 

Selepas mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada Februari, pucuk pimpinan parti memutuskan agar ahli parti boleh menerima sebarang jawatan kerajaan. 

Dr Mah Hang Soon, MCA, Exco Perak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nabi Bux Cabar PAS

Artikel Lain