suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penamaan Calon DAP Bukit Gelugor Diragui

BUTTERWORTH: Seorang anggota seumur hidup DAP, G.Asoghan, pada Isnin mempersoalkan kesahihan Ramkarpal Singh Deo, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Beliau mendakwa pencalonan Ramkarpal bagi kerusi itu adalah tidak sah berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf kesahihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

"Jika Ramkarpal bertanding menggunakan logo DAP, kemenangannya boleh dibatalkan oleh mahkamah atas sebab teknikal," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Asoghan, yang juga ketua DAP cawangan Bagan Luar, turut mempersoalkan keanggotaan Ramkarpal, yang menyertai DAP awal tahun ini sedangkan pada masa itu, DAP masih belum menerima pengiktirafan ROS.

"Ini adalah satu penipuan kerana CEC yang tidak diiktiraf tidak boleh mengambil anggota. Oleh itu, ROS harus menyiasat keanggotaan Ramkarpal," katanya di sini.


DAP, Bukit Gelugor

Artikel Sebelum

Nabi Bux Cabar PAS

Artikel Berikut

Artikel Lain