suria

Ikhlas Dakwa Imigresen Gagal

Mohd Ridzuan Abdullah (tengah) ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

SEREMBAN: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membuat laporan polis terhadap pihak berkuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan kerana dikatakan gagal menangani isu pendatang asing di Negeri Sembilan.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata disebabkan itu wujud peniaga warga asing yang berani melanggar peraturan dan undang-undang negara.

Jika perkara ini tidak dibendung segera ia boleh mengancam keselamatan dan ekonomi negara, katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Seremban 2 di sini, Isnin.

"Kawasan yang dikenalpasti ramai peniaga asing ialah di Nilai 3, manakala selebihnya di sekitar Senawang dan Seremban.

"Bagaimana kita mahu membantu peniaga bumiputera terutamanya di Nilai 3, yang rata-rata peniaga dan pekerja adalah warga Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.

"Sebab itu saya gesa pihak berkenaan memandang serius masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang menyalahi undang-undang negara," katanya.

Ikhlas, Imigresen

Artikel Sebelum

Artikel Lain