suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCA Tidak Tanding di Bukit Gelugor

GEORGE TOWN: MCA telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei ini. 

MCA akan menumpukan perhatian kepada isu hukum hudud yang dibawa oleh PAS kerana ia boleh menimbulkan krisis perlembagaan. 

Difahamkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan akan mengumumkan keputusan tidak bertanding yang telah diputuskan oleh majlis presiden dalam tempoh terdekat. 

Penamaan calon Bukit Gelugor akan diadakan pada Isnin, 12 May sementara hari pengundian pada 25 Mei. 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Cheng Yeow juga berkata tiada parti komponen BN akan bertanding di kerusi Bukit Gelugor sekiranya MCA menarik diri. 

"Pengesahan daripada ibu pejabat diperlukan sekiranya parti komponen selain MCA mahu bertanding di bawah tiket BN," latanya. 

Beliau berkata secara tradisinya kerusi Bukit Gelugor milik MCA. 


Bukit Gelugor, MCA

Artikel Lain