suria

MIC Akan Bantu Kempen BN Di Teluk Intan

KUALA LUMPUR: MIC sedang menyusun strategi bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel berkata partinya percaya BN akan memberi persaingan kuat kepada calon parti pembangkang.

"Melalui peratusan pengundi di Teluk Intan, saya ingat (parti) Gerakan akan menjadi calon untuk BN. Saya percaya undi Gerakan akan bertambah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di sini.

PRK Parlimen Teluk Intan perlu diadakan ekoran wakil rakyatnya daripada DAP Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Khamis lepas.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Seah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Parti Gerakan Datuk Mah Siew Keong; dan calon Bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya bermesyuarat esok untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain