suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPN Sangkal Daily Mirror, Siasatan Militan Tiada Kaitan MH370

KUALA LUMPUR: Polis menafikan laporan Daily Mirror yang mendakwa anggota militan yang ditahan di Kedah dan Selangor baru-baru ini disoal-siasat berhubung kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

"Ini laporan mengarut. Ia tiada kena mengena dengan MH370," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada The Star pada Ahad.

Anggota kumpulan militan yang menjadi sasaran Cawangan Khas Unit Anti Keganasan Bukit Aman dipercayai mempunyai rangkaian di Syria dan selatan Filipina.

Sehingga kini polis sudah menahan 11 suspek kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di dalam dan luar negara.

Semua yang ditahan dalam operasi serentak di beberapa lokasi di Kedah dan Selangor itu berusia antara 22 dan 55 tahun dan disyaki terbabit dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas.

Mereka ditahan mengikut BAB VI A - Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan.

Artikel Lain