Pesawat China Sertai SAR MH370 Berlepas Pulang - Semasa | mStar

Pesawat China Sertai SAR MH370 Berlepas Pulang

SUBANG: Dua pesawat Ilyushin IL-76s milik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370, yang tiba di Pangkalan Udara Subang di sini petang semalam berlepas ke China pagi Ahad.

Kedua-dua pesawat berlepas kira-kira pukul 8 pagi dan 8.30 pagi dengan membawa 38 anak kapal.

Pesawat yang diketuai Kolonel Kanan Liu Dian Jun yang tiba dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce dalam perjalanan pulang selepas pencarian udara pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi digantung berikutan pengumuman pencarian memasuki fasa baharu melibatkan tumpuan di kawasan dasar laut.

Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan skrin radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lalu setelah berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL menuju Beijing pada 12.41 tengah malam.

Gerakan SAR mula-mula dilancarkan di Laut China Selatan kemudian ditumpukan di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asal.

Isnin lepas, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengumumkan misi mencari 

memasuki fasa baharu dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang lebih luas di dasar laut.
SAR , MH370 , MAS

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain