suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perhimpunan GST Berakhir Aman

KUALA LUMPUR: Perhimpunan bantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, keadaan terkawal walaupun terdapat beberapa lokasi yang dipenuhi peserta-peserta perhimpunan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dihadapan ribuan peserta demonstrasi membantah GST.


"Pada pukul 5 petang, keadaan di Bandaraya Kuala Lumpur terkawal walaupun ada berlaku insiden-insiden kecil seperti tolak menolak di antara peserta.

"Sehingga 5.30 petang, keseluruhan peserta beredar dari lokasi perhimpunan (sekitar Dataran Merdeka) dan keadaan kembali seperti biasa.

"Walau bagaimanapun, Polis Kuala Lumpur akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan," jelas beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Terdapat lapan lokasi berhimpun sebelum bergerak ke Jalan Raja iaitu KLCC, Sogo, Masjid Negara, KL Sentral, Central Market, Masjid Jamek, Puduraya dan Dataran Maybank sebelum berkumpul di depan Dataran Merdeka.

Bantah GST, Polis Kuala Lumpur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain