suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemancing Mati Lemas Di Kemaman

KEMAMAN: Seorang buruh binaan ditemui mati lemas ketika memancing bersama-sama rakan dan anggota keluarganya di sungai Batu Dinding dekat Padang Kubu di sini Rabu malam.

Muhammad Rifaee Bidin, 25, ditemui mati lemas kira-kira pukul 10 malam oleh abangnya Wan Ahmad Tuan Ali, 37, yang mencarinya di kawasan sungai selepas mendapati adiknya itu tidak berada dalam khemah pada pukul 9 malam.

Wan Ahmad berkata dia dan bapa saudaranya melihat cahaya dari kawasan lubuk sungai dan terkejut apabila melihat adiknya kaku di dalam air dengan tangannya masih menggenggam lampu suluh.

Jenazah adiknya dibawa keluar dari kawasan hutan itu kira-kira pukul 7 pagi ini, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika ditemui berkata mayat buruh binaan itu dihantar ke Hospital Kemaman kira-kira 10.15 pagi ini untuk bedah siasat.
Lemas, Kemaman

Artikel Sebelum

Artikel Lain