suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan MUET Diumum 5 Mei

KUALA LUMPUR: Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Mac 2014 melibatkan 36,100 calon akan dikeluarkan pada Isnin ini.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau di institusi pengajian masing-masing mulai 10 pagi Isnin ini, manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang dikeluarkan di sini hari ini menyebut calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip MUET RESULT No. Kad Pengenalan dan menghantarnya ke 15888 atau melayari portal MPM http://mpm.edu.my mulai 10 pagi hari yang sama.

"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut MPM.

Tarikh tutup rayuan semak semula ialah pada 16 Mei dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM.

Sementara itu, pendaftaran MUET bagi sesi November 2014 secara dalam talian melalui portal MPM atau http://online.mpm.edu.my pula akan dibuka dari Isnin hingga 25 Julai ini.
MUET

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain