suria

Semua Teksi Baharu Akan Guna Proton Exora Coklat Bermula 1 Nov - SPAD

Sebahagian teksi yang menggunakan Proton Exora akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan kepada penumpang.

KUALA LUMPUR: Semua pengusaha teksi bajet dan eksekutif yang mempunyai permit tamat pada 31 Oktober tahun ini perlu menukarkan jenis kenderaan mereka dengan model Proton Exora warna coklat.

Langkah yang dibuat dibawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (Teks1M) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan melihat 2,604 pemandu teksi di Malaysia akan menggunakan Proton Exora warna coklat menjelang akhir tahun.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, mereka yang mempunyai teksi yang tamat antara 1 Mei dan 31 Oktober tahun ini dibenarkan untuk terus mengguana sebarang kenderaan yang digunakan mereka sehingga November.

"Pada 1 Mei ini, mereka mempunyai masa enam bulan untuk migrasi teksi kepada teksi yang baharu... dan kita akan memberi tempoh lanjutan. Kita berharap mereka akan buat (tukar kepada teksi yang baharu)," katanya di ibu pejabat SPAD pada Rabu.

Beliau menambah, para pemandu yang mempunyai teksi tamat antara 1 Mei dan 31 Oktober tahun ini dialu-alukan untuk menukarkan kenderaan mereka kepada Exora.

Langkah itu dijangka akan melibatkan 42,642 teksi bajet dan eksekutif di seluruh Semenanjung Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain