suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara dendam lama, lelaki bunuh rakan sebelum sembunyi mayat mangsa dalam peti

Mayat mangsa ditemukan susulan bau busuk dari kediamannya. -Gambar hiasan

BAU busuk menyelubungi sebuah rumah setinggan membawa kepada penemuan mayat lelaki yang disembunyikan di dalam peti selepas dipercayai dibunuh rakannya sendiri.

Mayat mangsa dikenali sebagai Sunny, 26, ditemukan di kediaman berkenaan di Sunanda Bhandari Marg, Pandara Park, New Delhi pada Rabu.

Polis Delhi dimaklumkan mengenai bau mencurigakan dari premis tersebut sebelum pemeriksaan menemukan mayat mangsa di dalam sebuah peti.

Menurut pihak berkuasa, Sunny melakukan pelbagai pekerjaan termasuk bekerja sambilan sebagai tukang sapu dan pekerja gig.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul di kepala menggunakan objek tumpul sehingga menyebabkan kematiannya.

Polis percaya pembunuhan berpunca daripada perselisihan lama antara mangsa dengan rakannya dikenali sebagai Rakesh berikutan suspek berusia 20 tahun itu merupakan penduduk Pandara Park dan dilaporkan tidak mempunyai pekerjaan.

Malah hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian, suspek bersama beberapa individu lain didapati memindahkan motosikal milik mangsa ke lokasi berasingan.

Mereka juga didakwa berhenti menggunakan telefon bimbit masing-masing bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, hasil beberapa serbuan, polis berjaya menahan suspek di Chhatrapati Sambhaji Nagar, Maharashtra pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau menyatakan, siasatan dan proses soal siasat masih dijalankan termasuk bagi mengenal pasti penglibatan individu lain dalam kejadian tersebut. -Agensi

 

Artikel Lain